Polis Marin tahan 143 Pati Rohingya gagal ceroboh, bot terkandas di beting pasir

encik gotenks
0

 


Seramai 143 pendatang asing tanpa izin (Pati) etnik Rohingya dan Myanmar ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) sejurus bot yang membawa mereka terkandas pada beting pasir perairan Kuala Kurau di sini, pagi hari ini.


Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalatrash Wahid berkata, mereka itu ditahan antara 7 pagi hingga 12.30 tengah hari.


Menurutnya, seramai 86 Pati ditahan ketika berada di atas bot, manakala selebihnya berjaya ditahan ketika cuba melarikan diri dengan terjun dari bot dan berenang ke darat.



"Kesemua mereka itu dipercayai tiba dari Myanmar dan berusia antara lima tahun hingga 40-an.


"Berdasarkan maklumat awal, mereka ini tidak merancang untuk mendarat di Kerian, malah kes ini juga tiada kaitan dengan tahanan imigresen yang lolos di Pulau Pinang.


"Kesemua tangkapan akan dibawa dan ditempatkan sementara di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian," katanya.



Sementara itu, seorang pelarian yang dikenali sebagai Osman berusia lingkungan 30-an maklumkan mereka membayar sejumlah wang kepada ejen bagi membawa mereka masuk ke Malaysia.


Menurutnya, mereka berada di atas kapal itu hampir sebulan sebelum terkandas di perairan di sini dan ditahan pihak berkuasa Malaysia.

Sumber : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)