Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila satu posting mengisahkan tentang seorang ibu yang meluahkan rasa terkilan kerana anaknya seakan dipuIau kerana tidak pakai barangan branded.
Pengguna twitter @nerafauzii telah membuka satu topik perbincangan dalam kalangan netizen mengenai cara untuk menyelesaikan isu-isu diskriminasi di sekolah seperti itu.
Apa penyelesaian kes macam ni ya? Pada aku jangan tekankan nama brand barangan kat anak sangat. Jangan disebut-sebut nama brand tu. Cukup sekadar sebut beg pink je.
Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan kerisauan berhubung isu yang sama di mana budaya menyebut jenama barangan dan membanding-bandingkan ini sebenarnya sudah diajar sejak kanak-kanak itu masih kecil.
Ianya datang daripada ibu bapa itu sendiri. Anak ni lagi-lagi yang masih kecil tak tahu pun pasal jenama. Sedih apabila ianya terjadi pada budak yang tak mampu.
Cadang netizen lagi, ibu bapa haruslah berhenti membelikan barang mewah ketika anak-anak masih kecil dan hanya membelinya ketika anak-anak sudah mula menghargai barang kepunyaan masing-masing.
SUMBER : Twitter via beautifuInara