Netizen Tercengang Tengok Busana Athisha Khan, Adik-beradik Fashionista Tak Tolong Pilih Ke?

encik gotenks
0

 


Pada hujung minggu yang lalu, adik kepada selebriti dan juga usahawan berjaya, Neelofa iaitu Athisha Khan telah selamat menamatkan zaman bujangnya dengan pilihan hatinya, Wan Amirul Haiqal 

Majlis yang dilangsungkan meriah tapi mengikut SOP yang ditetapkan pihak kerajaan ini bertemakan suasana taman. Pasangan pengantin ini telah mengenakan persalinan gaun serba putih dalam majlis bertemakan suasana dalam taman itu. Namun, dalam pujian pasti terselit suara-suara sumbang.


Rata-rata netizen berpendapat gaun yang disarung pada tubuh gadis cantik itu tidak sesuai dengan acara yang dilangsungkan itu.


Masakan itu, gaun tersebut kelihatan berbelah sedikit di bahagian dada.


Malah, ada yang berpendapat pemilihan busana kurang sesuai hingga membuat Athisha kelihatan lebih berisi.



Menurut Kosmo Online, graduan undang-undang dengan perniagaan dari University of Birmingham, United Kingdom itu menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 daripada pihak lelaki.


Menurut anda, okey atau tidak gaun menampakkan sedikit belahan dada begitu untuk majlis akad nikah?


Bising-bising pun, Atisha dan keluarga kisah apa kan? 


Sumber : Forum Cari

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)