Seperti yang kita sedia maklum, seorang lelaki warganegara Myanmar telah berjaya meloloskan diri semasa menghadiri perbicaraan satu kes di mhkamah majistret Tangkak.
Namun selepas beberapa minggu bebas hari ini dikatakan lelaki tersebut yang dikenali sebagai Long Tiger telah berjaya dicekup. Sejauh mana kebenarannya masih menjadi tandatanya. Kita nantikan berita rasmi dari pihak berkuasa.
Artikel berkaitan : OKT melarikan diri sewaktu dibicarakan di Mahkmah
Semalam seorang warganegara Rohingya yang berlagak seperti Abang Long yang menggelarkan dirinya LONG TIGER telah melIarikan dari sewaktu beliau nak dibicarakan di mhkamah.
Dan perkara ini menjadi bualan netizen yang mempertikaikan hal seperti ini boleh berlaku.
Dan ada lagi beberapa isu kes yang sama berlaku. Jadi netizen tertanya-tanya apakah sistem keselamatan kita hari ini sudah mula lemah sampai isu Long Tiger ni pun boleh berjaya melepaskan diri dari dibicarakan di mhkamah???
Dikhabarkan polis Melaka mula mengetatkan kawasan mereka bagi menahan suuspek Rohingya ini. Moga berjaya ditaangkap semula tapi yang mengiringi suuspek mungkin akan dipersoalkan bagaimana Long Tiger berjaya melarikan diri.
Harap kembalikan semula kepercayaan rakyat terhadap PDRM hendaknya.
Buat rakyat di TANGKAK sekiranya ada melihat kelibat orang R0hingya ni, jangan ambil tindakan sendiri. Buat laporan polis dengan segera.
Long Tiger terlepas dari taahanan ketika prosiding mhkamah di Tangkak.
OKT meloloskan diri ke kawasan semak berhampiran
Abdul Hamim Ab Hamid atau dikenali sebagai ‘Long Tiger’ terlepas dari tahanan ketika menghadiri prosiding perbicaraan di Mhkamah Majistret, dekat sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Mohd Fadhil Minhat berkata orang kena tahan (OKT) berketurunan R0hingya itu, hadir ke mahkamah bagi perbicaraan kes berkait Sesyen 388 Kanun Kesekksaan, sebelum terlepas kira-kira 11.55 pagi tadi.
Beliau berkata ketika kejadian Abdul Hamim, 32, yang botak itu, memakai kemeja-T pagoda dan berseluar coklat, berketinggian lebih kurang 160 sentimeter dan berat sekitar 65 kilogram.
“OKT ketika dalam tahanan, tangannya masih bergari dan sedang menunggu untuk memulakan prosiding sambil menunggu peguamnya untuk hadir ke mhkamah. Prosiding yang sepatutnya bermula pada pukul 10 pagi ditangguhkan sementara menunggu kehadiran peguam bela tertuuduh.
“Dia disedari melarikan diri dari mahkamah oleh orang ramai dan usaha untuk menangkapnya dilakukan, tetapi OKT berjaya meloloskan diri ke kawasan semak berhampiran,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tangkak, hari ini.
Abdul Hamim sebelum ini ditempatkan di Pnjara Sungai Udang, Melaka sebelum dibawa ke lokap polis IPD Tangkak semalam, dan kemudianya dibawa ke lokap mhkamah sebelum dia berjaya meloloskan diri dari pintu utama mhkamah.
Mohd Fadhil berkata pihaknya memohon kerja sama orang ramai yang terlihat Abdul Hamim atau mempunyai maklumat berhubung lokasi tertuduh, untuk segera menghubungi pihak polis.
Setakat ini, empat anggota polis yang bertanggungjawab mengiringi Long Tiger ke mhkamah juga akan disiasat di bawah Sesyen 233 kerana kecuaian, selain siasatan lanjut akan dilakukan terhadap polis yang bertugas di mhkamah.
“Polis masih menyiasat sama ada kesemua anggota tersebut terlibat dalam kejadian ini atau sebaliknya, serta cara tertuduh meloloskan diri dari sel mahkamah.
– Bernama