Seorang isteri berusia 23 tahun sanggup menjadi mngsa kegnasan rumah tangganya hanyalah kerana suaminya memiliki wajah yang kacak.
Walau sering dideera oleh suaminya itu, wanita itu nekad ingin meneruskan perkahwinannya, kisah sadis ini sebenarnya telah berlaku lebih dari 3 tahun.
Kisah yang tidak masuk dek akal ini telah dilaporkan oleh mirror press, wanita muda yang dikenali sebagai Li itu difahamkan berkenalan melalui rakan mereka dan akhirnya mereka jatuh cinta pandang pertama.
Dua bulan kemudian, mereka membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Namun tidak lama selepas menikah, pasangan ini mula bertengkar akibat perselisihan faham. Dakwa Li, pada awalnya si suami hanya mengeluarkan perkataan kesat sahaja tetapi lama kelamaan hubungan mereka semakin teruk bahkan si suami dikatakan mula ‘naik tangan’.
Menurut laporan itu lagi, Li pasti akan berlembut hati dan memaafkan perbuatan suaminya itu apabila lelaki kacak itu meminta maaf.
Ibu bapa dan ahli keluarga LI juga sudah puas menasihati wanita itu agar bercerai dengan suaminya itu namun LI enggan dan berdegil untuk meneruskan rumahtangganya itu.
Dakwa lelaki ini lagi, dia perlu melaporkan segalanya kepada Li setiap kali dia keluar rumah. Jika tidak, Li akan menuduhnya cuurang dengan wanita lain.
Oleh hal demikian, lelaki ini nekad mahu bercerai tetapi Li berkeras dan tidak mahu berpisah dengan alasan lelaki itu adalah cinta pertamanya dan disebabkan wajah suaminya yang kacak.
Difahamkan, Li kini sedang hamil dan si suami berjanji akan menjaga Li dan kandungannya dengan baik. Dalam kesempatan itu, dia berharap agar isterinya itu juga akan memberi kepercayaan dan tidak bersangka buruk terhadap dirinya.
Saya bersedia menyetujui semua syarat suami.
Sumber: Mirror Press
Kredit : OhBuIan