Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Ibu bapa jugalah yang mencorakkan sikap anak-anak dan apatah lagi sejak dari kecil mereka tidak dapat bezakan mana yang baik dan buruk.
Baru-baru ini, tular video yang dimuat naik di akaun TikTok Akobproject memaparkan seorang ibu dilihat dalam kesakitan sedang berusaha melepaskan tangannya yang sedang digigit anak lelakinya.
Turut kedengaran si ibu yang sedang menahan sabar turut bertanyakan mengapa anaknya berbuat demikian.
Sementara itu, turut kedengaran suara yang sedang merakam turut meminta kanak-kanak itu berhenti menggigit.
Menerusi video itu dapat dilihat bekas kesan gigitan kanak-kanak berkenaan. Bagaimanapun, gigitan tersebut tidaklah teruk dan hanya meninggalkan kesan sementara sahaja.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang kurang senang dengan cara didikan si ibu. Ada yang meluahkan rasa bimbang jika dibiarkan, tidak mustahil kanak-kanak itu boleh melakukan perkara sama terhadap orang lain.
Netizen turut menegur supaya tidak terlalu manjakan anak dan perlu betulkan jika anak-anak melakukan perkara salah dan kena disiplin.
Netizen juga turut mempersoalkan tindakan si ibu seolah menggalakkan anak untuk terus menggigit dan tidak marah ketika digigit.
Tidak kurang juga ada netizen menegur jangan ketawa jika melihat perkara itu berlaku kerana kanak-kanak akan menyangkakan apa yang dilakukannya itu perkara kelakar.
SUMBER: TikTok Akobproject
Kredit : GuIapop