Saya bukan perampas kekasih orang, kata Yonnyboii

encik gotenks
0

 


Penyanyi rap, Yonnyboii, 23, menafikan dakwaan dia bermain cinta ketika tunangnya, Nik Nazira masih menjalin hubungan dengan bekas kekasih.


Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin berkata, dia mempunyai sebab tersendiri untuk tidak membuka mulut dan tidak mengenali secara peribadi bekas kekasih tunangnya iaitu Imran Aqil seperti yang didakwa.


Menurutnya, mereka membuat keputusan untuk bertunang selepas mendapat restu daripada kedua-dua keluarga.


"Saya sama sekali tidak mengenalinya, cuma pernah bertemu sekali saja. Bagaimana boleh timbul istilah merampas dan sebagainya?



"Selama ini pun saya memang berkawan saja dengan tunang dan menjadi tempat luahannya. Namun, persahabatan kami sebagai kawan saja. Apabila dia putus dengan kekasihnya, baru kami mula mengenal hati budi di antara satu sama lain.


"Apabila dapat persetujuan dan restu daripada keluarga saya serta keluarga dia, itu yang kami ambil keputusan untuk bertunang. Benar mereka pernah bercinta, tetapi itu kisah lalu dan tunang mempunyai sebab kukuh untuk putus.


"Alhamdulillah. Memang jodoh saya dengan dia dan menganggap apa yang berlaku sebagai dugaan," katanya kepada Harian Metro.


Kelmarin, Harian Metro melaporkan Imran yang juga penyampai radio Hot FM terkejut dengan berita pertunangan penyanyi berkenaan.



Imran, 22, berkata, dia tak sangka mereka bertunang pada 9 Oktober lalu kerana dia dan Nik Nazira putus pada 9 September lalu.


Dalam pada itu, penyanyi lagu Salahku ini berharap Imran berhenti memperbesarkan isu mengenai hubungan mereka.


Menurut Yonnyboii, dia enggan mengulas lanjut kerana ingin memberi tumpuan kepada persiapan menjelang perkahwinannya pada 22 Januari tahun depan.


Yonnyboii membuat keputusan untuk mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihannya yang juga 'influencer' Nik Nazira Narriman, 9 Oktober lalu.

Sumber : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)