Pelakon, Zul Ariffin dikejarkan ke pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor kerana mengalami tekanan darah tinggi, pada petang, hari ini.
Pengurus Zul, Afdal Shahizad berkata, keadaan pelakon itu bertambah baik selepas mendapat rawatan doktor dan kini sedang berehat di rumah.
"Zul kurang sihat dan dibawa ke hospital kerana mengalami tekanan daarah tinggi atau hipertensi. Namun, keadaannya bertambah baik selepas berjumpa doktor dan mendapat rawatan lanjut.
"Selepas empat jam dipantau doktor, Zul kini berehat di rumah," katanya kepada Harian Metro.
Difahamkan, Zul ditaahan untuk pemantauan doktor selama empat jam dari jam 4 petang.
Terdahulu, Zul berkongsi hantaran gambar dia terbaring di atas katil hospital sambil mengangkat sebelah tangan kanan.
"Rest jap," tulisnya ringkas.
Menjenguk diruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa risau dan dalam masa yang sama mendoakan agar pelakon kesayangan ramai itu cepat sembuh.
Sumber : Harian Metro