Baru-baru ini pelakon cantik molek, Emma Maembong ada membuat satu hantaran di media sosialnya memaparkan Shariq menyebut mama sambil merangkak. Emma berkata pencapaian anaknya itu menyentuh hatinya dan membuatkan air matanya mengalir.
Shariq menyebut mama sambil merangkak. Emma berkata pencapaian anaknya itu menyentuh hatinya dan membuatkan air matanya mengalir.
“Sedang bekerja semalam, tiba-tiba pembantu rumah hantar video. Pertama kali Shariq menyebut ‘mama’ dengan betul.
“Selama ini mamam biasa sahaja. Allah, sampai menangis dengar. Baru memahami perasaan mak teruja bagaimana bila anak dia mula bercakap. Bayi pertama kan, biasalah emosi lebih sedikit dan anak saya sudah 11 bulan. Cepat sahaja rasa dah besar,” tulisnya.
Perkongsian Emma itu mendapat pelbagai reaksi dikalangan peminat dan rakan artis yang turut teruja serta memuji Shariq seorang anak yang bijak.
Emma mendirikan rumah tangga dengan Shazril pada 20 Februari tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata pada 11 November 2020.
Sumber : ROTIKAYA