Terbaharu isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera memberi bayangan rumah tangga mereka kembali retak apabila janji yang dibuat untuk tidak berlaku curang dikhianati lagi.
"Kejamnya manusia yang sanggup bersumpah berjanji padahal sedang bersama yang lain. Tiada yang zalim daripada ini... sakit sangat.
"Selama ini aku percaya Allah bagi aku kekuatan untuk memaafkan sebab ini cara Allah menjadikan aku kuat dan sabar dengan masa depan," tulis Sera di Instagram.
Tambah Sera dia sungguh terkilan dengan apa yang berlaku kerana selama ini dia telah berusaha untuk memperbaiki hubungan bersama suaminya.
Katanya dia cuba bertahan kerana memikirkan tentang nasib anak-anaknya yang masih kecil dan memerlukan kasih sayang seorang bapa.
"Aku terkilan sebab aku masih mahu baiki dan bertahan lagi tapi Allah merancang sesuatu yang lain.
"Allah tidak izinkan kali ini untuk aku maafkan lagi, sedih sangat tapi bersyukur Allah tunjukkan kebenaran.
"Anak-anak lah penguat ku, aku maafkan kau sebab aku selalu pandang wajah anak-anak kecil ni walaupun aku kena maki.
Dalam pada itu, mStar menghubungi Shuk untuk mendapatkan kepastian tentang situasi rumah tangga dia dan Sera.
Ujar Shuk, dia akui berlaku salah faham antara dia dan isterinya namun menyifatkan ia tidak serius
"Sebenarnya memang ada sikit salah faham Shuk dengan Sera tapi tak ada apa-apa pun.
"Sekarang saya ada di Pulau Pinang ada shoot sikit, saya taknak komen lebih fasal ni InsyaAllah tak ada apa-apa yang berlaku," ujarnya ketka dihubungi mStar.
Shuk mendirikan rumah tangga dengan isterinya pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berusia setahun
Sumber : mStar Online