Gadis punya 3.8 juta folowers luah perasaan tetap kena kecam dek netizen walaupun kini sudah bertudung, masih ada yang 'try hard' buka aib lama

encik gotenks
0

 


MEMILIKI jumlah pengikut seramai 3.8 juta di aplikasi TikTok turut membawa c4baran tersendiri buat gadis ini.


Menurut Puteri Wannur Syawalyea Raja Sari Ramli, 20, dia bagaikan sudah lali menerima kec4man setiap kali berkongsi video baharu di platform itu.


Paling kecew4 katanya, ada individu yang cuba mengungkit kisah lama sewaktu zaman dia masih belum memakai tudung.


“Saya pernah rasa nak berhenti buat TikTok. Saya perlahan-lahan baru pakai tudung sejak tahun lepas, tapi ada pula yang nak buka 4ib. Orang ungkit benda lama, dulu saya free hair.


“Kec4man saya tak kisah sangat, tapi bila mereka cakap mengenai perubahan saya, ia membuatkan saya down. Kecil hati sejujurnya. Memang terasa kadang-kadang.


“Tapi saya tak balas balik kalau ada orang m4ki, nanti saya sama je dengan mereka. Biasanya saya akan padam komen-komen sebegitu. Paling tervk ada yang minta report akaun TikTok saya,” ujarnya yang mesra disapa Puteri.


Di sebalik kec4man, dia yang turut memunyai lebih 370,000 pengikut di Instagram turut terharu dengan komen netizen yang tak putus-putus memberi sokongan.

Selain kata-kata semangat, ramai netizen yang turut memuji rupa paras Puteri yang mana dia sering disamakan dengan anak patung.


“Saya dah perasan lama komen-komen (pujian) itu. Memang selalu baca komen yang kata macam patung. Ada juga yang macam nak perli saya. Mereka kata cantik sebab mekap.


“Tapi saya memang terharu dengan komen positif. Ada yang dah lama kenal saya, mereka juga sering bagi kata-kata semangat.


“Mereka nasihatkan agar saya tak mudah berputus asa. Banyak juga yang berikan sokongan,” ujar anak keenam daripada sembilan beradik yang menetap di Kuantan, Pahang itu.



Kata Puteri lagi, dia enggan terlalu lama bersedih, sebaliknya menjadikan semua kecaman sebagai pembakar semangat dalam misi menjadi usahawan berjaya suatu hari nanti.


Malah, dia yang baru memulakan bisnes jenama sendiri sejak empat bulan lalu mengakui kecaman yang diterima turut membuka pintu rezeki buat dirinya.

“Saya sebelum ini pernah berniaga bengkung. Kemudian saya keluarkan produk sendiri iaitu lip matte dan lip tint.


“Tapi kadang-kadang tak terjaga bisnes sendiri sebab sibuk buat reviu produk orang lain. Kadang-kadang rasa menyesal join bisnes, tapi bonda saya pesan agar jangan mengalah.


“Kecaman orang turut memberi rezeki buat saya. Alhamdulillah. Di sebalik kecaman, bisnes makin naik. Impian saya nak jadi orang dikenali dan dapat salur bantuan kepada orang yang susah,” ujarnya yang menjadikan Datuk Seri Vida (DSV) sebagai inspirasi.


Tambah Puteri lagi, dia mahu menjadi insan berjaya biarpun hanya bersekolah sehingga tingkatan empat sahaja.

“Saya tak ambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Saya habis sekolah tingkatan empat. Saya berhenti kerana ada masalah sikit,” ujarnya ringkas.


Selain mahu menaikkan bisnes, Puteri juga komited dalam misi untuk menambah pengikutnya di TikTok sehingga mencecah 4 juta.


“Saya bersyukur sangat. Doakan saya road to four millions followers pula.


“Bukan sekadar Malaysia, video saya turut viral di luar negara, terutamanya Indonesia,” ujarnya lagi.

Sumber : mstar online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)