(VIDEO) Demi secebis viral dan populariti, gadis 'gedik' dirakam selamba berjoget depan pasukan tentera

Anonymous
0

 




Dewasa ini ramai yang berangan untuk menjadi influencer dan artis media sosial kerana terpengaruh dengan pendapatan lumayan dan kehidupan yang tidak pernah disangkakan selama ini.


Ramai yang mencuba dan membuat content yang pelik dan ada juga yang bermanfaat demi mendapatkan viewers dan followers.



Baru-baru ini viral satu video di media sosial yang memaparkan aksi seorang gadis berhijab di negara seberang selamba melakukan aksi joget di hadapan sekumpulan Tentara Nasional Indonesia (TNI) sehingga mengundang kecaman warganet.



Rakaman video berdurasi 29 saat itu dimuat naik oleh gadis tersebut @riweuhmom di platform TikTok miliknya sebelum dikongsi semula di laman Instagram @pararaider_infanteri.


“Jangan ditiru aksi ini ya, ini namanya merendahkan diri sendiri,” tulis kapsyen posting tersebut.

Rakaman video berkenaan memaparkan sebuah pintu gerbang yang bertulis ‘Akademi Militer’ sebelum gadis itu tiba-tiba menampilkan dirinya di dalam kamera.


Tidak lama kemudian, gadis yang mengenakan pakaian berwarna merah jambu dan memakai pelitup muka itu dilihat mula melakukan aksi tarian dengan membelakangi beberapa anggota TNI yang berada di atas trak tentera.




Tidak hanya berakhir disitu, gadis 'gedik' itu tanpa segan silu bertindak mengekori seorang anggota TNI yang sedang berjalan memasuki pintu bahagian hadapan trak tersebut.


Bagaimanapun, anggota TNI terbabit hanya melemparkan senyuman dan seolah-olah ‘malas melayan’, sama seperti pasukan berada di atas trak yang dilihat tidak memberikan sebarang reaksi terhadap aksi tarian itu.




Melihat diruangan komen, rata-rata netizen mengecam aksi yang sebenarnya memalukan diri sendiri ditambah pula dengan imej gadis berkenaan yang memakai tudung.


Berikut beberapa komen dari netizen :-


Kesiannya tgk...askar tu buat x tau plak lg brtambah kesian... Allahhuakhbar...Engkau lindungi lah anak cucu ku drpd perkara yg dilarang n memalukn..aamiin..









Bila hilang nya rasa malu...

Sian ko dik..

Ahkak bawak kereto follow belakang truck askar pun akak rasa malu.. nak potong ke xnak potong..nak potong lak ade je halangan.. lg lama follow lagi rasa segan..sbb abg2 askar dlm tu duk pndg je... Xyah akak joget2 de...


kita ni sebagai seorang perempuan kena la ada hargai diri...jgn tunjuk² pada orang lelaki..kena ada jual mahal to sikit adik oi..


Kalau aku dah malu, tak tahu nak sorok muka mana. Dok jela dalam kubur


Sumber: Instagram @pararaider_infanteri

Sumber artikel : BorakdaiIy

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)