Wanita ini rimas sebab dapat jiran 'terlajak baik', seminggu sampai 4 kali dia hantar makanan

Anonymous
0

 



Penafian : Gambar yang digunakan dalam artikel ini hanyalah sekadar hiasan semata-mata

Dalam ajaran Islam sendiri menuntut agar kita berbuat baik pada sesama kita terutamanya kepada jiran.Mempunyai jiran yang baik hati juga adalah satu anugerah dari Allah.


Siapa saja yang tidak suka apabila mempunyai jiran yang baik hati, yang tidak lokek dan sentiasa bertanya khabar dan sentiasa tidak berkira untuk memberi pertolongan disaat memerlukan.


Viral di facebook Kisah Rumah Tangga apabila seorang wanita ini luahkan rasa bersyukur kerana mempunyai jiran yang sangat baik dan peramah. Namun dalam masa yang sama, wanita ini berkata dia kurang selesa dan sedikit rimas apabila jirannya itu terlalu kerap memberikan makanan kepada keluarganya.


"Kami ada jiran yang baru pindah, suami isteri memang peramah. Yang perempuan tu selalu sedekahkan apa saja makanan. Boleh kata dalam seminggu tu empat kali sedekah makanan dekat famili saya.


"Saya mula tak selesa. Saya tak suka orang beri-beri makanan ni. Mungkin dia tengok saya anak ramai kot, asyik nak sedekah,"




Tambah wanita lagi, enggan terus membiarkan situasi itu berlanjutan kerana tidak mahu terhutang budi.


Justeru, dia mencuba beberapa cara untuk mengelakkan jirannya terus mencari peluang untuk memberikan makanan kepada keluarganya.


"Rasa nak cakap je 'tak payah nak bagi sedekah dekat saya sebab saya kurang selesa'. Saya kurangkan bercakap dengan isteri jiran yang itu.


"Nampak gayanya dia mula faham saya kurang suka. Sekarang saya kurang bersembang, tapi suami pula rajin bersembang dengan dia. Saya cuma kurang selesa, takut terhutang budi dengan jiran.


"Dah cakap dekat suami tapi dia kata berjiran jangan sombong. Kadang-kadang saya jadi tak suka tengok jiran over macam tu. Tolong bagi nasihat dekat saya," katanya memohon pandangan daripada ahli kumpulan laman berkenaan.



Menjengah ke laman komen, rata-rata netizen memberikan reaksi yang pelbagai.


Ada yang mengatakan wanita tersebut sepatutnya bersyukur dikurniakan jiran yang gemar berbahagi rezeki dengan orang lain, ada juga yang seolah-olah dapat memahami perasaan wanita berkenaan.




Namun ada juga netizen yang seolah-olah 'terasa' kerana ada dalam kalangan mereka sememangnya gemar memberi sedekah makanan kepada jiran masing-masing.


"Terasa saya. Harap sangat sis ini bukan jiran saya sebab saya pun sejenis manusia yang suka kongsi rezeki. Kadang-kadang saya masak lebih bagi dekat jiran sebelah rumah. Kadang-kadang tu saya beli makanan dekat luar, beli lebih dan bagi jiran.


"Belajar bersyukur sis. Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa. Orang yang suka bagi makanan ni bukan dia minta balas semula sis tapi jenis suka berkongsi je.


Sumber : mStar

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)