Jika nak keluar dalam jarak yang dekat contohnya nak pergi beli gula kat pasar yang tak berapa jauh dari rumah mesti kita ada buat perkara ini bukan? Terlupa bawa atau sengaja tak bawa sebab alasan ala berapa sangat la jarak rumah dengan kedai tu.
Namun tahukah anda jika dalam perjalanan ke kedai tiba-tiba anda dita.han po.Iis. Anda diminta kemukakan kad pengenalan. Anda beri alasan tertinggal di rumah dan minta maaf. Walaupun sebenarnya anda adalah warganegara, walaupun anda sebenarnya memang ada dan tertinggal kad pengenalan tetapi anda masih boleh dida.kwa dibawah Peraturan 6, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (PPN).
Peraturan 6 adalah berkenaan tanggungjawab penyimpan kad pengenalan yang memperuntukkan bahawa siapa-siapa yang diisukan dengan kad pengenalan, PADA SETIAP MASA perlu membawa kad pengenalannya dan bertanggungjawab ke atas penyimpanan kad pengenalan tersebut.
Peraturan 6, Tanggungjawab menjaga kad pengenalan
“Orang yang kepadanya suatu kad pengenalan telah dikeluarkan hendaklah, selepas itu dan selagi dia masih menjadi orang berdaftar atau orang berdaftar semula di bawah Peraturan-Peraturan ini, pada setiap masa membawa pada dirinya kad pengenalan dan tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Peraturan-Peraturan ini, bertanggungjawab atas penjagaannya.”
Ayat di atas adalah secara terperinci yang diperuntukkan dalam peraturan tersebut. Bermakna jika anda mempunyai kad pengenalan tetapi anda tidak bawa, masih bersalah. Kata kuncinya adalah “MEMBAWA DAN MENYIMPAN” kad pengenalan dan bukan semata-mata “MEMPUNYAI DAN BERDAFTAR”. Maksudnya jangan tinggal dalam almari rumah.
Bagi kesal.ahan di bawah Peraturan 6 ini boleh dide.nda di bawah Peraturan 25 (n) iaitu keg.agalan mematuhi peraturan 6 yang boleh did.enda maksimum RM20,000 atau penj.ara maksimum 3 tahun atau kedua-duanya sekali.
Peraturan 25, Kesa.lahan-kesa.lahan dan pen.alti-pena.lti
(1) Mana-mana orang yang-
…(n) gag.al mematuhi peraturan 6 atau 7;
adalah melakukan suatu kesal.ahan terhadap Peraturan-Peraturan ini dan apabila disa.bitkan boleh dikenakan pen.jara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau de.nda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
Saya sering ke ma.hkamah dan kadangkala pertuduhan bagi kesa.lahan tidak membawa dan menunjukkan kad pengenalan ini sering dibaca bersama kesa.lahan lain. Setakat pengalaman saya sehingga hari ini di m.ahkamah kebiasaannya pertuduhan kesalahan ini dibaca dengan kesa.lahan yang lain.
Bermakna kebetulan poI.is menahan anda di tempat awam kerana memiliki barangan terla.rang atau kesa.lahan lain, kemudian poI.is meminta kad pengenalan dan anda gag.al kemukakan. Anda akan did.akwa oleh dua kes.alahan iaitu membawa barang terl.arang dan juga kesa.lahan tidak membawa kad pengenalan. Ini kita panggil ‘double tro.uble’. Jadi elakkan.
Jenuh hendak hadapi proses turun naik m.ahkamah ini, tambah pula akan melibatkan masa, wang dan susah hati. Andai kata anda berjaya merayu untuk kes.alahan ini dan hanya did.enda RM1,000 dan bukan mak.simum RM20,000, itu masih duit juga dan masih juga perlu hadapi proses yang merunsingkan. Jadi apalah salahnya, bawalah sekeping kad pengenalan itu dan letak dalam poket anda. Elakkan mas.alah.
DISCLAIMER:
Tulisan ini ditulis oleh peguam Nor Zabetha seorang peguam Sivil dan Jnayah yang beramal di Malaysia.
Artikel ini telah dipetik dari blog tanyapeguamanda