Sudah agak lama tidak mendengar perkembangan Ayu Damit, bekas peserta one in a million dan gegar vaganza musim ke-7. Baru-baru ini beliau ada mendedahkan dia membelanjakan kira-kira RM10 ribu sebulan dalam mengekalkan kecantikan dalaman dan luaran tubuhnya.
Menerusi laporan dari portal hiburan beautifulnara, dia menjelaskan lagi.. tidak pernah kedekut untuk mengeluarkan wang sebanyak itu dalam menjaga penampilan diri kerana merasakan ianya satu pelaburan.
Tambahan pula, Ayu yang kini kembali aktif dalam bidang nyanyian serta kesibukan dirinya menguruskan aktiviti di ladang memerlukan dia untuk lebih prihatin dengan keadaan fizikal badan.
“Sebagai artis memang perlu jaga kesihatan dan kecantikan..selain persembahan pentas, saya juga agak sibuk dengan aktiviti di ladang yang memerlukan tenaga dan terd3dah dengan sinaran matahari, sebabitu perlu ambil berat tentang penampilan. Kalau ikutkan sebulan lebih RM10,000 untuk rawatan muka termasuklah pelangsingan badan, jamu, vitamin dan sebagainya. Itu termasuklah nilai tajaan daripada beberapa pusat kecantikan, Alhamdullilah.”
Tambah penyanyi lagu Hanya Di Mercu ini lagi, dia sebenarnya sangat takut akan jarum jadi untuk mengubah sesuatu di bahagian badan bukanlah keutamaan untuk dirinya. Kata Ayu, dia tidak kisah untuk melaburkan sejumlah wang dan menunggu lama dalam mendapatkan hasil yang baik asalkan produk yang digunakan tidak memudratkan dan bhaya untuk tuboh badan.
Dalam pada itu, Ayu juga berkata dia enggan melakukan pemedahan atau suntlkan di wajah untuk mendapatkan kulit putih dan hanya mengamalkan vitamin C dan makanan tambahan.’
Perkembangan terkini, Ayu kini muncul dengan lagu baharu berjudul Permata hasil ciptaan bersama Mohd Atlas dan Zimi Sofazr dan sudah boleh ditonton menerusi saluran Youtube Saudagar Seni Media.
Sumber : beautifuInara